Copyright by hurilAin. Powered by Blogger.
RSS

Saya Sayang Awak


Ah berjaya juga publish latest entri setelah berbulan terbengkalai, bersawang, tak berpenghuni blog ni (Alhamdulillah…)
Assalamualaikum empunya diri, tak sedar ke dah habis satu semester dekat Kuala Nerang? Err, nak kata sibuk pun alasan tak munasabah juga ~ ada je waktu terluang dibiarkan terbuang.
Aduhai diri bila lagi nak sedar nie….dah lari daripada matlamat sebenar, azam dah mula meluntur ke? Serasanya diri kena polish up!!!
Hmm tapi ada satu cerita dekat sini, cerita lawa..hmm bagi cantik sikit bahasa, cerita indah ~ warming up dulu untuk permulaan ni.
Pada mulanya, hati berhitung juga nak cerita ke tak tapi bila dah habis buat kira-kira tu terfikir juga apa salahnya berkongsi keindahan ‘The Miracles’ yang Allah persembahkan, live lagi tu. Alamak indahnya mengingatkan saat tu!
Semuanya bermula dengan ‘lamaran’ dari seorang teman saya dekat kolej. Don’t get me wrong, that pal is a girl for sure. She proposed me to join her project that one day, a plan seeking for His mardhatillah.
U.S.R.A.H.
To be truth, she did gave her best shot by her simple words, ‘Ainee, saya nak awak jadi naqibah.’
Ok, where that idea came from? 
(Aduhai Didi memang saya hadir malam pertemuan dengan ex-naqibah, but not purposely volunteering myself to be a naqibah. I wanna join the usrah guide by someone else.)
Hati tertanya juga saat tu, ‘Apa nilai yang Didi nampak pada aku?’ Tapi waktu tu saya tak mempersoalkan apa pun yang disampaikan teman saya yang sorang tu. Mesti Allah tengah nak bagi hint ni. Setibanya hujung minggu, beberapa orang sahabat lain yang turut di ‘approach’ oleh Didi pun mengadakan pertemuan untuk tengok senarai ahli usrah.
Gulpp!! Tersentap tengok satu nama tu. Sekali tengok tak percaya. Berulang kali tengok, huh realiti rupanya. Alamak dah gelisah dah ni. Dalam hati pula,
‘Hey Didi ni biar betul. Dah la aku takut dengan dia. Tup! Tup! Under aku juga diletaknya. Musykil betul!’.
Bila tiba giliran saya ditanya ada maslah ke tentang anak-anak usrah yang akan dihandle tu, tak banyak pula bicara. Angguk je!! Aduss dalam diri waktu tu hormone dah berkeliaran habis, tambah berterabur lagi bila Didi kata naqibah kena approach anak-anak usrah sendiri dan perkenalkan diri sebagai murabbi mereka. Huh hampir tercekik tapi nasib ada selingan sikit dari Didi, sedikit pembakar semangat dan kata-kata yang melunakkan hati tengah gabra ni…tapi gabra tu tak habis dekat situ je.
‘Syahirah, saya takutla dengan awak….’, apakan daya merintih dalam diam je ni.

*****
Itu waktu awal-awal dulu…tersenyum sendiri bila ingat balik.
Tapi sekarang…
Miftahul Jannah dah jadi medium untuk kita kenal Allah…dengan lebih dekat
Miftahul Jannah mengusik hati dengan hikayat perjuangan Rasul, para pejuang Islam…
Miftahul Jannah mencuit hati-hati yang sedang mencari cahaya hidup…
Miftahul Jannah menyebabkan saya, awak dan dia kini boleh bertegur sapa, bergurau, usik-mengusik..
Dan sekarang, Miftahul Jannah dah menjadi kesayangan dan kerinduan…
Tambah-tambah awak ye Syahirah ,..hmm dulu Syahirah, sekarang saya panggil awak Basya. Awak dah nak pergi rupanya. Tak sampai 3 bulan pun kita kenal. Awak ni macam anginla Basya, angin yang singgah sebentar. Tapi awak bukan angin biasa-biasa, awak luar biasa punya pakej!! 
Persinggahan awak dalam hidup saya dan yang lain memberi kesan yang mendalam, membawa perkhabaran yang sangat indah.
Dulu ‘saya takut dengan awak’, tapi sekarang  ‘saya sayang awak’.
Ajaibkan hubungan yang ada ni. Inilah ‘The Miracle’ yang Allah tunjukkan. Persaudaraan yang disertai tarbiyah iman di dalam hati- hati mereka pasti membuahkan kasih sayang yang cukup ajaib juga walapun perkenalan tu adalah sesingkat satu tahun, satu bulan, satu minggu, satu hari, satu jam atau mungkin boleh jadi satu saat dengan izin Allah.
Kerana takdir-Nya kami bertemu, dan kerana takdir-Nya juga kami terpisah…

*Miftahul Jannah;nama kumpulan usrah.
p/s : sori ye Basya kalau terbaca entri nie. Terima kasih juga untuk semua.
(Nadiah, Ain, Auni, Farah, Kak Mimie, Intan dan tak lupa juga Basya)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

sevenNeedLes said...

salam ainee.. haha hebat kan lamaran kita tu, sharp & precise haha. sebenarnya lamaran Allah kan ainee? seronok kan semua perasaan ni, campur2 ;D memang ukhuwah ni tersangat indah, bila yang mengikat adalah keimanan.. sayang betul nak lepaskan diorang :'(

Nadiah Sabri said...

haha..mula2 duk ttnya2..g sape ainee tkut ni??? sweet la entry ni ainee..suka sgt ;-)

Me.On.Travel said...

Didi : betul mcm Didi kte tu,lamaran Allah..if not, ukhuwah nie tak akn terjalin and i will never know my ahli usrah in crowds..tq Didi. Allah menjadikan Didi sebagai pengantara dlm urusan nie^_^

Nadiah : heh ainee mmg takut dgn korg sume pada hakikatnya laa wkt awal2 tue=P

Post a Comment