Copyright by hurilAin. Powered by Blogger.
RSS

Saya Sayang Awak


Ah berjaya juga publish latest entri setelah berbulan terbengkalai, bersawang, tak berpenghuni blog ni (Alhamdulillah…)
Assalamualaikum empunya diri, tak sedar ke dah habis satu semester dekat Kuala Nerang? Err, nak kata sibuk pun alasan tak munasabah juga ~ ada je waktu terluang dibiarkan terbuang.
Aduhai diri bila lagi nak sedar nie….dah lari daripada matlamat sebenar, azam dah mula meluntur ke? Serasanya diri kena polish up!!!
Hmm tapi ada satu cerita dekat sini, cerita lawa..hmm bagi cantik sikit bahasa, cerita indah ~ warming up dulu untuk permulaan ni.
Pada mulanya, hati berhitung juga nak cerita ke tak tapi bila dah habis buat kira-kira tu terfikir juga apa salahnya berkongsi keindahan ‘The Miracles’ yang Allah persembahkan, live lagi tu. Alamak indahnya mengingatkan saat tu!
Semuanya bermula dengan ‘lamaran’ dari seorang teman saya dekat kolej. Don’t get me wrong, that pal is a girl for sure. She proposed me to join her project that one day, a plan seeking for His mardhatillah.
U.S.R.A.H.
To be truth, she did gave her best shot by her simple words, ‘Ainee, saya nak awak jadi naqibah.’
Ok, where that idea came from? 
(Aduhai Didi memang saya hadir malam pertemuan dengan ex-naqibah, but not purposely volunteering myself to be a naqibah. I wanna join the usrah guide by someone else.)
Hati tertanya juga saat tu, ‘Apa nilai yang Didi nampak pada aku?’ Tapi waktu tu saya tak mempersoalkan apa pun yang disampaikan teman saya yang sorang tu. Mesti Allah tengah nak bagi hint ni. Setibanya hujung minggu, beberapa orang sahabat lain yang turut di ‘approach’ oleh Didi pun mengadakan pertemuan untuk tengok senarai ahli usrah.
Gulpp!! Tersentap tengok satu nama tu. Sekali tengok tak percaya. Berulang kali tengok, huh realiti rupanya. Alamak dah gelisah dah ni. Dalam hati pula,
‘Hey Didi ni biar betul. Dah la aku takut dengan dia. Tup! Tup! Under aku juga diletaknya. Musykil betul!’.
Bila tiba giliran saya ditanya ada maslah ke tentang anak-anak usrah yang akan dihandle tu, tak banyak pula bicara. Angguk je!! Aduss dalam diri waktu tu hormone dah berkeliaran habis, tambah berterabur lagi bila Didi kata naqibah kena approach anak-anak usrah sendiri dan perkenalkan diri sebagai murabbi mereka. Huh hampir tercekik tapi nasib ada selingan sikit dari Didi, sedikit pembakar semangat dan kata-kata yang melunakkan hati tengah gabra ni…tapi gabra tu tak habis dekat situ je.
‘Syahirah, saya takutla dengan awak….’, apakan daya merintih dalam diam je ni.

*****
Itu waktu awal-awal dulu…tersenyum sendiri bila ingat balik.
Tapi sekarang…
Miftahul Jannah dah jadi medium untuk kita kenal Allah…dengan lebih dekat
Miftahul Jannah mengusik hati dengan hikayat perjuangan Rasul, para pejuang Islam…
Miftahul Jannah mencuit hati-hati yang sedang mencari cahaya hidup…
Miftahul Jannah menyebabkan saya, awak dan dia kini boleh bertegur sapa, bergurau, usik-mengusik..
Dan sekarang, Miftahul Jannah dah menjadi kesayangan dan kerinduan…
Tambah-tambah awak ye Syahirah ,..hmm dulu Syahirah, sekarang saya panggil awak Basya. Awak dah nak pergi rupanya. Tak sampai 3 bulan pun kita kenal. Awak ni macam anginla Basya, angin yang singgah sebentar. Tapi awak bukan angin biasa-biasa, awak luar biasa punya pakej!! 
Persinggahan awak dalam hidup saya dan yang lain memberi kesan yang mendalam, membawa perkhabaran yang sangat indah.
Dulu ‘saya takut dengan awak’, tapi sekarang  ‘saya sayang awak’.
Ajaibkan hubungan yang ada ni. Inilah ‘The Miracle’ yang Allah tunjukkan. Persaudaraan yang disertai tarbiyah iman di dalam hati- hati mereka pasti membuahkan kasih sayang yang cukup ajaib juga walapun perkenalan tu adalah sesingkat satu tahun, satu bulan, satu minggu, satu hari, satu jam atau mungkin boleh jadi satu saat dengan izin Allah.
Kerana takdir-Nya kami bertemu, dan kerana takdir-Nya juga kami terpisah…

*Miftahul Jannah;nama kumpulan usrah.
p/s : sori ye Basya kalau terbaca entri nie. Terima kasih juga untuk semua.
(Nadiah, Ain, Auni, Farah, Kak Mimie, Intan dan tak lupa juga Basya)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

A Beautiful Hadith

Rasulullah S.A.W said : 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely a handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the
chest of the deceased. When after the burial, the people return home, 2 Angels, Munkar an Nakir( names of two special Angels ), come in the grave and try to separate this handsome man so that they may be able to interrogate the dead man in privacy about his faith. But the handsome man says, 'He is my companion, he is my friend. I will not leave him alone in any case. If you are appointed for interrogation, do your job. I cannot leave him until I get him admitted into paradise.
Thereafter
he turns to his dead companion and says, 'I am the Quran which you used to read, sometimes in a loud voice an sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.' When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa ( the Angels in Heaven ) silk bedding filled with musk. Rasulullah S.A.W said : 'On the day of Judgement before Allah, no other Intercessor will have greater status than Quran, neither a Prophet nor an Angel.'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Masih Belum Cinta

P/S: Cerita untuk diri....

Dengan wajah muram seorang murid bersimpuh di hadapan syeihknya. Sang Syeikh dengan wajah dan suara yang berwibawa bertanya kepadanya, “Apakah gerangan merisaukanmu?”
“Wahai syeikh, sudah lama aku ingin melihat wajah Nabiku walau hanya lewat mimpi. Namun, sampai sekarang keinginanku belum juga terkabul,” jelas si murid.
“Ooo…rupanya itu yang kau inginkan. Tunggu sebentar…,” Sang Syeikh mengeluarkan pena, kemudian menuliskan sesuatu untuk muridnya. “Ambil ini dan bacalah setiap hari seribu kali, Insya-Allah kau akan bertemu dengan Nabimu,” ujar Sang Syeikh.
Dengan wajah berseri pulanglah si murid membawa catatan itu. Namun,setelah beberapa minggu, kembalilah si murid ke rumah syeikhnya memberitahukan bahawa bacaan yang diberikan Tuan Syeikh itu tidak menghasilkan apa-apa. Sang Syeikh segera memberi bacaan lain. Namun, beberapa minggu kemudian muridnya kembali dengan lesu memberitahukan bahawa bacaan itu pun masih belum menghasilkan apa-apa.
Setelah diam beberapa saat, berkatalah Sang Syeikh, “Nanti malam datanglah engkau ke mari. Aku mengundangmu makan malam.”
Sang murid mengangguk kemudian pulang ke rumahnya. Setelah tiba saatnya, pergilah dia ke rumah Sang Syeikh bagi memenuhi undangannya. Dia merasa hairan melihat syeikhnya hanya menghidangkan ikan asin sahaja.
“Makan, makanlah semua ikan itu. Jangan sisakan sedikit pun!” kata Sang Syeikh kepada muridnya.
Disebabkan dia tergolong dalam kalangan murid yang taat, maka dia menghabiskan semua ikan asin yang ada. Selesai makan, dia merasakan kehausan yang luar biasa kerana ikan asin membuat orang mudah kehausan. Dia segera meraih segelas air dingin yang ada di hadapannya.
“Letakkan kembali gelas itu!” perintah Sang Syeikh. “Kau tidak boleh minum air itu hingga esok pagi, dan malam ini kau tidur di rumahku!” arah Sang Syeikh lagi.
Dengan penuh rasa hairan si murid menuruti perintah syeikhnya. Malam itu dia tidak dapat tidur. Lehernya serasa tercekik kerana kehausan. Dia membolak-balikkan badannya, hingga akhirnya dia tidur kerana kelelahan. Apa yang terjadi? Malam itu dia mimpi, syeikhnya menyodarkan segelas air dingin. Setelah minum, dia terjaga dari tidurnya. Mimpi itu sangat nyata. Seakan benar-benar terjadi padanya.
“Apa yang kau mimpikan?” tanya Sang Syeikh yang berdiri tidak jauh darinya.
“Syeikh aku tidak memimpikan Nabiku, aku mimpi minum air!” jelas si murid.
Tersenyumlah Sang Syeikh mendengar jawapan muridnya. Kemudian dengan bijaksana ia berkata, “Jika cintamu pada Nabi seperti cintamu pada air sejuk itu nescaya kau akan memimpikannya.”
Menangislah si murid itu. Dia baru sedar ternyata dalam hatinya belum cukup rasa cinta kepada Nabi. Dia masih lebih mencintai dunia daripada Nabi. Masih banyak meninggalkan sunnahnya. Dia masih belum meneladani akhlaknya. Dia masih lebih mencintai air.

' kita mungkin berkongsi kalimah tauhid yang sama, namun yang membezakan kita adalah di mana Dia di hati kita. kita mungkin berkongsi kisah serupa Nabi kita namun yang membezakan kecintaan kita terhadapnya adalah sejauh mana risalah baginda terlaksana........'
                                                                                                            - HurilAin -
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS